Khamis, 26 Mei 2011

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, aku diberi ujian agar aku kembali kepadaNya. Dia mungkin merindukan rintihan aku dalam duduk, berjalan dan baringku. Maka dengan segala keyakinan bahawa segala adalah kehendakNya kerana Dia masih sayangkan aku, lalu aku tabahkan hati. Tidak kubenarkan syaitan menghapuskan segala keimanan dan kutahankan hati yang seringkali ingin memberontak dan membenci. Aku tidak layak menghukum, aku tidak layak mengeji apatah lagi menghina, sejahat dan seburuk mana kelakuan manusia terhadap aku. Demi Allah, aku serahkan segalanya kepada Dia yang lebih mengetahui dan lebih berkuasa. 
 
 
dan aku terlihat:
"Jadilah kamu pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh" (surah Al-A’raf, ayat 199)
 
 
Allah mengingatkan kita tentang sifatnya yang Maha Pengampun, jadi siapalah kita pula yang hanya berpangkat hamba, untuk tidak memaafkan walau sebesar mana dosa seseorang dan ingin menghukum mereka?cukupkah kita bahagia dengan dendam berkelumat penuh dihati? Cukuplah Allah sebagai pembelaku, aku redha walaupun ada yang mehghina mahupun membenciku.sesungguhnya aku hanya insan biasa yang tidak pernah lari daripada kesilapan.dan aku sentiasa belajar darpada masa silamku..dan ingatlah wahai ummat islam bahawa:
 
 
"…. maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertaqwa"(An-Najm: 32).
 
Ya Allah! betapa mulianya orang yang sabar. Dia ingin melatih diriku agar menggunakan iman dan taqwa sebaik mungkin dengan bersabar atas segala ujian yang telah Dia timpakan ke atas aku.
 
 
“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (surah al-Baqarah, ayat 153.
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira” (surah az-Zumar, ayat 10).
“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’ Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya.” (surah al-Baqarah, ayat 155-157).
 
dan janganlah merungut dengan apa yang diuji oleh Allah.sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya tercinta.sabarlah sayang dan ingat :
 
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Al-Baqarah : 286)
 
Di waktu ku merenung, mungkin semua yang terjadi adalah kerana dosa-dosa yang lepas jua dan berightifarlah ummat islam . Terasa betapa hinanya diri di sisi Allah dan sesungguhnya aku xmampu ke syurgaMu malah xpula aku ingin ke neraka mu ya Allah.  Dia memberikan aku nikmat, tapi seringkali aku dustakan, dia memberikan aku hidayah tapi seringkali aku abaikan. Jiwa ini aku biarkan gersang tanpa panduan. Rohani yang lapar sengaja aku biarkan. Astaghfirullah!!! Barangkali aku lupa diri, terlalu bongkak berjalan atas bumi milikNya lalu Dia murka kepadaku dan menghantarkan aku ujian demi ujian. Ya Allah!!!! Aku tersentap, tatkala kehinaan diri menerpa, Dia masih lagi lembut menyapaku. Bicaranya begitu indah;
 
 
"Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan ampunan daripada Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya. Itulah kurniaan Allah, yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurniaan yang besar."(Surah Al-Hadid, 57 : 21)
 
YA ALLAH
“Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.”
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan